Friday 10 February 2012

Apa Itu Penyakit TIROID (Thyroid)

 TIROID ohh... TIROID

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.


Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.


Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin(T4) dan triodotironin (T3). Selain berfungsi mengeluarkan hormon tiroid, terdapat beberapa  fungsi lain yang dijalankan oleh kelenjar tirod. Antaranya:
  • mengekalkan kadar tubuh dengan menggunakan karbohidrat dan lemak
  • membantu mengawal suhu tubuh badan
  • mermpengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.
  • Kalenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin iaitu sejenishormon yang mengawal jumlah kalsium dalam darah. 
Jenis Penyakit Tiroid

  1. Hypertiroidism / Tirotoxicosis
-  dalam kes ini hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini adalah:

 Grave disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon, Selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.

Tiroditis atau tiroid bengkak: Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri

Toxic nodule goitre: terlalu banyak iodine di dalam makanan

        2. Hypotiroidisim

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda:

 Hypertiroidism

Memiliki keringat berlebih
Mengalami penurunan berat badan meski nafsu makannya normal
Gemetar
Gelisah, mudah panik dan lekas marah
Tidaktoleransi terhadap udara panas
Mudah lelah
Konsentrasi berkurang
Mata melotot (seperti mau keluar)
Menstruasi yang tidak teratur atau terlalu sedikit
Detak jantung yang tidak beraturan atau lebih cepat
Kelemahan otot yang terjadi di lengan atas dan paha
Insomnia



Hypotiroidisim
Kelelahan
Tidaktoleransi terhadap udara dingin
Kulit serta rambut yang kering dan kasar
Tingkat kolesterol meningkat
Denyut jantung dan konsentrasi menurun
Rasa sakit atau nyeri yang samar-samar
Kenaikan berat badan yang tidak diketahui penyebabnya
Sembelit
Otot kram
Sering mengalami keguguran


Petua Rawatan:


1.  Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.

2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh  badan.

3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.

4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam  kes kehilangan berat badan yang serius.

5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.
 
  
 
 
sumber: eMEDIK, Wikipedia,

2 comments: